Masalah Ibu-ibu Tunggal di Brunei

Masalah ibu tunggal bukan sesuatu yang harus di lepas pandang. Ini lah yang kita dengar saban hari. Setiap hari jumlah perceraian semakin meningkat.

Banyak kecenderungan negetif berpunca dari permasalahan ini. Akan kongsikan sedikit permasalahan yang sering kami dengar dan saksikan sendiri. Antaranya adalah:

  • Selesai di ceraikan walau belum ada perintah mahkamah mereka di halau dari rumah dengan alasan haram untuk tinggal bersama. Ada yang terpaksa membawa anak tanpa arah tuju. Ini lebih terkesan kepada suri rumah tangga yang hanya bergantung kepada suami selama hidup sebagai suami isteri. Menambah kan kesusahan segala kemudahan seperti kereta di tarik balik atau di tukar hak milik tanpa pengetahuan bekas isteri. Seperti yang sedia maklum proses permohonan bantuan samada dari segi kewangan mahupun rumah terlalu lama.
  • Tiada nafkah walau semasa di ceraikan di sebutkan agar memberi nafkah kepada bekas isteri atau anak.
  • Tidak menyediakan kediaman walau dari segi hukum bekas suami harus menyediakan rumah selagi dalam tempoh edah.
  • Bagi yang di ceraikan talak 3, tiada di berikan edah. Walaupun saguhati di haruskan tetapi banyak suami-suami tidak mengendahkan semua itu bila keluar daripada mahkamah.
  • Kes-kes tuntutan mahkamah yang terlalu lama ( bertahun) membuatkan ibu-ibu tunggal putus asa kerana seperti tiada pembelaan.

Perkara-perkara seperti ini BOLEH/BERKEMUNGKINAN menyumbang kepada masalah lain yang lebih besar seperti:

  • Cenderung kepada melakukan jenayah seperti mencuri (si ibu atau anak)
  • Cenderung kepada melakukan penderaan akibat tekanan.
  • Cenderung kepada kembali kepada agama asal (jika dia seorang mualaf)
  • Cenderung kepada menjadi keldai dadah kerana memerlukan wang segera

Dan banyak lagi – “Sesuatu yang halal tetapi paling di benci ALLAH adalah penceraian”. Akar umbi kepada masalah-masalah lain seperti anak-anak liar, gejala dadah , penderaan, buli dan curi dan banyak lagi.

Solusi yang perlu di ambil kira: 

  1. Memberikan konseling dan motivasi selepas di ceraikan. Ini adalah usaha kecil untuk membuka minda mereka setiap ujian bukanlah sesuatu jalan mati dan sekaligus dapat memberikan mereka semangat untuk memajukan diri sendiri demi anak-anak harapan bangsa.
  2. Memberikan sekurangnya tiga bulan kursus kemahiran percuma seperti membuat kuih muih, mejahit dan menjadikan ia sebagai satu produk kampung yang boleh di komersial kan. Seperti menjatuhkan dua burung dengan satu batu. Dalam pada membantu ibu-ibu tunggal sekurang-kurangnya kampung-kampung juga dapat mengeluarkan produk sendiri yang sering di sarankan kerajaan “satu produk satu kampung”.
  3. Memberikan sekurang-kurangnya bilik sementara (mungkin dalam tempoh 6 bulan pertama). Seperti salah seorang penerima sumbangan kami, seorang mualaf dan semua keluarganya bukan beragama islam. Di mana kah dia hendak menumpang tinggal?

FeedaHMD: “Ini hanya pendapat peribadi yang sering melihat air mata ibu-ibu tunggal yang memohon bantuan di luar kemampuan kami 😭

– Faridah Daud, pengasas Projek NurKaseh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s