Future Plan for BSB

This slideshow requires JavaScript.

Photo: giD & Partners

~Nur Izatul Hazimah

56 thoughts on “Future Plan for BSB”

  1. assalamualaikum.. kesemua cadangan tersebut tidak perlu,sebab secara langsung sedikit demi sedikit akan ramailah orang luar yang akan berhijrah ke brunei dan ini secara tidak langsung akan membawa budaya yang tidak bagus kepada penduduk Brunei. dan biarlah Brunei sekarang ini dengan identitinya.. dan tidak perlu mengikut cara negara orang lain degan cara pembangunan dan cara moden mereka. kekalkan dengan cara kedaimaian Islam dengan gaya Brunei sekarang ini dan sehingga bila-bila. Lihatlah negara yang terdekat.. kerana bermegah dengan pembangunan tidak terkawal maka budaya songsang yang menular masuk pun sudah tidak terkawal.. penduduk negara tanah asli sudah hampir hilang aslinya,timbul pula orang asing yang datang dan bermaharajalela..nah sekarang bukan penduduk negara tanah asli pula yang membuat keputusan, ini langkah secara halus mereka dengan cara membawa pembangunan dan kemodennan,secara tidak langsung membiakkan kerosakan moral dan bertentangan dengan budaya penduduk negara tanah asli dan islam.. adakah ini yang kita mahukan di Brunei.. pendapat peribadi saya tidak sama sekali tidak. jika mahukan pembangunan jangan sesekali sezarah pun dibenarkan pembabitan orang luar datang ke Brunei untuk pelaburan pembangunan dan apa jua pun..Biarlah rakyat melayu jati Brunei sendiri yang membina kemajuan di tanah air mereka sendiri. Demi kedamaian Islam dan kesejahteraan rakyat melaytu jati Brunei. Aaminnn.

    Like

  2. Overall Future Plan for BSB development of sungai kedayan. Make it reality. Brunei 2035 Vision for our next generation.

    Like

  3. Brunei darussalam sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik yang boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan cuma publisiti sahaja kurang. Tidak banyak iklan iklan dibuat tentang tempat2 menarik yg ada di brunei. Sepatutnya mereka boleh menerangkan lebih lanjut tentang tempat2 menarik yg ada di brunei melalui bermula dari sekolah2 rendah hinggalah ke institusi yg lebih tinggi. Pantai pantai yg ada di brunei juga banyak, mall2 dan shopping complex juga banyak, hutan2 simpan, tasik tasik yg cantik, air terjun dari yg bersize besar, sederhana dan kecilyg banyak serta cantik, sungai sungai, pulau pulau yg banyak antaranya seperti pulau tanjong pelumpong, pulau pelong rocks, pulau berambang, pulau chermin dan banyak lagi. Kita juga mempunyai banyak tempat2 hiburan seperti JP Playground, LLRC Waterpark, West Park Kiddieland, TimesZone dan Jungle Gym di TimesSquare, 12D Entertainment Cinema di AirportMall, Fun Bee Park dan banyak lagi. Kita juga mempunyai restauran restauran yg antara yg terbaik di brunei seperi Ayamku Restaurant, Jollibee, Sugarbun, KFC, McDonald, Sushie Tei, Dynasty Restaurant, Pizza Hut, Jing Chiew Restaurant, Tasconi Pizza, Tarindak D’Seni dan banyak lagi. Kita juga mempunyai banyak taman bunga dan riadah antaranya iseperti Taman Rekreasi Tasik Lama, taman rekreasi sungai damuan, taman rekreasi sungai liang, taman rekreasi bukit patoi dan banyak lagi. Brunei juga mempunyai bukit dan gunung yg sesuai di daki oleh pelancong samada dalam dan luar negara antaranya ialah bukit pulaunberambang, bukit tempayan pisang, gunung pagon, bukit patoi, bukit shahbandar dan banyak lagi. Di brunei juga banyak muzium antaranya seperti Brunei Museum, Malay Technology Museum, Maritime Museum, Royal Regalia Building, Oil And Gas Discovery Centre dan banyak lagi. Di brunei juga ada bangunan bangunan dengan seni bina yg unik. Suasana hidup di brunei sangat berbeza kerana untuk mengelakkan kebosanan biasanya mereka yg tinggal di brunei akan mengikuti persatuan samada berteraskan sukan, riadah atau lain2. Kebanyakkan penduduk brunei akan mengisi masa lapang dengan bersukan dan beriadah seperti bermain bolasepak, basketball, tennis, badminton, berenang samada di pantai atau swimmingpool, bermain golf, hiking menaiki bukit, berjogging, melakukan senaman seperti zumba, aerobic, yoga dan taichi, membuat kerja amal seperti membantu golongan susah dan membuat aktiviti kebersihan, bermain bowling, bermain sukan frisbee, memancing dan banyak lagi. Ada juga rakyat brunei yg menghabiskan masa lapang dengan keluarga seperti berkelah atau picnic, ada juga yg membuat kerja berfaedah seperti membersihkan halaman rumah mahupun ada juga menghabiskan masa lapang dengan berlepak dengan kawan2 di kedai2 makan mahupun tidak kurang juga berhibur di taman permainan.

    Like

  4. Lihat sahaja singapura sungguhpun negara kecil tetapi masih mampu lagi membangunkan kawasan untuk dibina beberapa buah unit condominium mewah untuk rakyat yg berkemampuan. Saya rasa brunei boleh buat seperti yg saya katakan sebelum ini tidak perlu teralulu tinggi cukuplah sekadar 15 ke 20 tingkat sahaja. Tetapi akan lebih baik dibina dikawasan catchmen area seperti berhampiran mall gadong, di kawasan dekat dengan pusat bandar, berhampiran pantai (jerudong paling sesuai). Di bandar dan pekan di daerah masing2. Dekat dengan jerudongpark playground. Dekat dengan timessquare dan airportmall. Jika brunei mempunyai bangunan modern dan tinggi secara tidak langsung ini sedikit sebanyak mampu memberi motivasi kepada rakyat brunei untuk berfikir dan bertindak lebih maju. Seperti rakyat singapura yg mana cara mereka berfikir selaras dengan kemajuan negaranya. Kita boleh membuat bangunan modern pencakar langit tetapi jangan lupa juga untuk tidak meminggirkan senibina melayu dan islam pada bangunan tersebut. Seperti bangunan yayasan complex, bangunan mof, bangunan dst, bangunan pggmb, bangunan cancer center, bangunan knowledge hub dan bangunan bridex. Saya mencadangkan supaya pelancong luar dibawa melawat bangunan dst, bangunan mof dan bridex. Kerana selama ini pelancong luar cakap brunei tak ada bangunan2 modern. Biar mereka tahu yg brunei ini jug ada bangunan modern. Jadikan bangunan pggmb, bridex, dst dan ministry of finance sebagai produk pelancong terbaru brunei. Sediakan hotel di dan restaurant di tingkat atas bangunan tadi.

    Like

  5. Saya juga mencadangkan sebuah bangunan khas untuk parking bertingkat dibina di kawasan shopping area yerutamanya berhampiran bangunan shopping yg dekat antara satu sama lain iaitu timessquare, airportmall, jayasetiasquare dan citissquare. Bangunan2 ini sangat rapat antara satu sama lain. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti shopping dan entertainment tetapi cukup sayang kerana kawasan parking yg sangat terhad. Tempat ini selalu berlaku traffic jam. Begitu juga dengan kawasan shopping area seperti gadong, kiulap dan menglait. Kalau boleh tempat2 itu juga disediakan bangunan parking bertingkat.

    Like

  6. Empire hotel pernah suatu ketika mendapat anugerah world best resort hotel berturut turut. Empire hotel boleh sekali lagi bersaing untuk mendapatkan anugerah world best resort sekali lagi. Itupun jika empire hotel mampu rebranding balik seperti pembinaan kemudahan waterpark bertaraf dunia. Empire hotel mempunyai lagoon buatan yg antara terbesar dunia. Lagoon tersebut sangat cantik dengan warna kebiruan. Ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Saya rasa worldclass theme waterpark sangat sesuai untuk dibangunkan disana. Memandangkan warga brunei tidak kira dari semua peringkat umur sangat suka akan waterpark. Maka ini adalah peluang yg sangat cerah untuk sebuah lagi waterpark dibina lagi di brunei selepas jp waterpark, llrc waterpark (kalau dapat dibesarkan lagi), west park kiddieland dan diharapkan sebuah lagi waterpark berkelas dunia dibina di empire

    Like

  7. Jerudong beach boleh diupgrade seperti palm island dubai kerana lanskap pantainya yg hampir sama. Palm island resort dubai telah mengankat nama negara emeriyah arab bersatu sebagai pilihan pesara seluruh dunia untuk tinggal disana disamping menjadi tumpuan para pelancong. Jumlah kemasukan pengunjung ke brunei akan bertambah dan sekaligus meancakkan lagi sektor pelancongan negara yg sekarang meningkat naik dengan peningkatan jumlah kemasukan pelancong dari malaysia. Brunei yakin!

    Like

  8. Sebuah playground yg lengkap dengan mini roller coaster, mini pirate ship dan beberapa lai jenis mini rides boleh dibina di dalam mall. Mall yg paling sesuai untuk dibina playground dalamnyab ialah airport mall berakas. Ini kerana airport mall berakas. Mempunyai ground floor yg luas. Ini juga mampu menambahkan lagi produk untuk dilawati oleh pelancong samada dalam atau luar untuk sama sama bercuti dan berhibur di airport mall. Kenapa airport mall lagi sangat sesuai kerana airport mall juga mempunyai 12d cinema. Iaitu panggung yg tempat duduknya bergoncang. Ini secara tidak langsung mampu lagi mengangkat nama negara sebagai tempat percutian keluarga atau family vacation.

    Like

  9. Brunei boleh membina waterpark atau playground yg baru lagi di kawasan yg dikelilingi hutan hijau dan bukit bukau. Kita juga boleh membina zoo. Memandangkan di kawasan berdekatan pantai jerudong ada kandang yg dalamnya ada seekor gajah. Kenapa tidak tempat itu dinaiktaraf sebagai sebuah zoo kekal dengan menambah lagi jumlah bilangan binatang yg lain lagi. Siapa tahu brunei akan mempunyai zoonya yg tersendiri. Pasti brunei akan dikenali lagi dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

    Like

  10. Restaurant di atas bangunan tinggi pencakar langit atau skyscraper juga tarikan pelancong seperti yg ada di thailand dan australia. Kerana makan atau menikmati jamuan di tempat yg boleh melihat panorama yg indah dari atas bangunan yg sudah pasti akan meninggalkan kenangan indah bagi para pengunjung atau pelancong. Begitu juga pembinaan menara atau bangunan tinggi seperti empire state building di new york yg mana ribuan mengunjungi setiap bulan semata mata untuk melihat keindahan panorama bandar metroppolitan newyork dengan menggunakan teropong atau telescope khas yg disedeiakan namun ada juga pengunjung atau pelancong yg tidak melepaskan peluang dengan mengambil gambar candid mahupun selfie.

    Like

  11. Benar! Times square shopping mall, airport mall berakas dan hua ho manggis mall mall punya ground floor adalah tempat paling sesuai untuk dibuatkan ice skating seperti mall2 yg ada diluar negara. Manakala empire hotel punya lagoon adalah tempat paling sesuai dibuatkan theme waterpark yg besar seperti waterpark yg ada diluar negara. Semua atu bagus untuk menarik pelancong domestik maupun pelancong malaysia singgah ke brunei sebelum ke sabah dan sarawak mahupun pelancong antarabangsa yg singgah ke brunei sebelum ke australia dan hong kong. Memandangkan cuaca brunei yg panas yg mana banyak pelancong yg mengeluh dengan cuaca panas. Maka pembinaan ice skating di mall2 dan waterpark di empirehotel adalah mampu mengurangkan lagi tekanan stress pelancong. Diminta, tolonglah supaya dapat menerima candangan saya ini yg saya pikirkan bagus untuk semua rakyat dan negara kitani sendiri. Tolonglah. Gembirakanlah kami rakyat brunei darussalam. Tak salah untuk berhibur dan gembira asal dibuat untuk kebaikan dan tidak menyalahi adat melayu dan agama islam. Selama ini brunei dicop sebagai tempat yg tidak sesuai untuk melancong kerana tiada entertainment, tidak mempunyai bangunan bangunan tinggi untuk dimasuki, tidak ada sisitem pengangkutan awan yg canggih dan banyak. Dengan pembinaan bangunan2 tinggi dan taman hiburan saya percaya pasti pelancong luar akan suka akan negara kita brunei darussalam. Kalau boleh kita semua termasuk pelancong luar mesti gembira dengan seni bina serta produk produk pelancong yg ada di negara brunei darussalam.

    Like

  12. Jika syarikat penerbangan brunei iaitu royal brunei airlines sering membuat promosi kepada penumpangnya terutamanya rakyat brunei dengan mempromosikan atau mengiklankan fly with royal brunei airline to dubai, singapore, kl, sydney, shanghai dan london dengan melihatkan photo bandar bandar skycaraper dan taman taman hiburan. Kenapa tidak buat sahaja bangunan bangunan skyscraper dan taman theme park atau hiburan seperti yg ada di luar negara di negara kita brunei sendiri. Secara tidak langsung ini mampu meningkatkan lagi industri pelancongan brunei darussalam dimana banyak rayat brunei, penduduk tetap, expat dan pelancong luar akan bercuti di negara brunei darussalam sekaligus akan membantu meningkatkan lagi pertumubuhan kdnk negara kitani. Jika negara lain mempunyai bangunan yg pencakar langit untuk dilawati seperti shanghai tower di china, burj khalifa di dubai, klcc di malaysia dan bangunan tinggi di singapura yg mempunyai swimming pool diatasnya (saya lupa namanya) mahupun taman hiburan seperti theme waterpark yg besar seperti siam water park siam city playground di thailand dan sebuah lagi waterpark yg besar di vietnam maka kita di brunei bila lagi. Dulunya kita ada jerudong park yg suatu ketika dulu terkenal dengan kepelbagaian jenis permainannya tetapi sekarang tidak lagi. Walaupun jerudong park sekarang sudah makin dikenali walaupun ridesnya tidak lagi seperti dahulu. Tetapi siapa tahu mungkin akan ada lagi rides rides yg baru di jp playground suatu hari nanti memandangkan jp playgorund sekarang ada mempunyai waterpark yg dulu tidak ada. Saya juga mencadangkan sebuah shopping mall yg mempunyai tempat kawasan kekal untuk bermain ski yg luas dibuat bersebelahan dengan JP Playground seperti mall yg ada diluar negara. Kalau tidakpun kitani boleh upgrade times square atau airport mall di berakas sebagai tempat untuk bermain ski memandangkan ianya mempunyai kawasan tengah bangunan yg luas. Atau boleh juga diadakan di kb sentral mall mahupun di manggis mall ataupun tutong mall. Sebab mengapa tempat bermain ski atau ice skating patut diadakan di brunei kerana mall2 dan shopping complex mempunyai airconditioning yg sangat sejuk. Ice skating ini bagus juga untuk menarik pelancong dalam dan luar negara. Kerana pelancongan berkonsep hiburan seperti playground, waterpark, iceskating dan sebagainya adalah tarikan semua peringkat umur tak kira latar belakang, bangsa dan agama. Jika kita boleh membuat projek projek besar dengan peruntukkan yg tinggi maka tidak salah jika membuat projek yg walaupun tidak memerlukan peruntukan tinggi tetapi ianya sentiasa membawa keuntungan jika dilaksanakan seperti kemudahan pelancongan iaitu taman hiburan.

    Like

  13. Bangunan rumah kediaman mewah samada apartment atau condiminium jika dibina di kawasan yg sangat strategik seperti berhampiran shopping complex area seperti di kawasan gadong atau kiulap, menglait mahupun dibuat di kawasan bandar atau pekan seperti bsb, kuala belait, seria, pekan tutong dan bangar sudah pasti pembeli sangat menyukainya kerana ianya adalah kemudahan penting dan tidak perlu pergi jauh untuk samada berurusan, shopping dan sebagainya. Kalau inda pun boleh juga dibina bersebelahan pantai kerana keindahan pantai sangat disukai orang ramai. Atau boleh juga dibina di kawasan JP Playground dan LLRC Waterpark kerana orang ramai pasti gembira jika rumah mereka bersebelahan dengan kawasan taman entertainment. Bercerita tentang bangunan bangunan pencakar langit atau skyscraper ini ada jua kebaikannya seperti. Jika cuaca panas terik kita boleh berlindung disebalik bayang bayang bangunan yg tinggi itu. Saya pernah pergi ke singapura saya berada di kawasan dowtown singapore berdekatan cbd bandarnya iaitu ada satu tempat namanya orchard road keadaan suhu keseluruhan bandar singapura adalah pada sekitar 30 darjah selsius tetapi pada tempat saya berada terasa dingin kerana dilindungi oleh bangunan bangunan tinggi. So ini adalah sesuatu yg boleh dilihat oleh kita sebagai orang brunei dari sudut yg positif. Memandangkan cuaca iklim negara brunei yg panas tidak salah jika negara brunei mengikutkannya dengan membina bangunan tinggi untuk kebaikan bersama. Kebaikan bangunan tinggi ini juga bagus untuk kesihatan, kerana kita boleh melakukan exercise menaiki dan menuruni tangga keran ianya mampu untuk mencegah penyakit kronik heart attack, membantu peredaran darah dengan lacar, mampu mengelakkan penyakit kencing manis, memecahkan kolestrol dan juga mampu menghindarkan obesiti. Memandangkan kerajaan telah berbelanja berjuta juta dollar hanya kerana untuk mengubati dan membuat rawatan pesakit mungkin pembinaan bangunan tinggi ini adalah salah satu langkah untuk menghndarkan daripada bermacam jenis penyakit. Kita boleh mengadakan hari kesihatan seperti hari menggunakan tangga sekurang2nya dua kali dalam seminggu. Konsepnya sama seperti earth hour iaitu lampu cahaya dimatikan dalam tempoh 1 jam tetapi hari menggunakan tangga atau boleh juga dikenali dengan hari tanpa elevator. Dimana elevator dilarang untuk digunakan dalama tempoh 24 jam sahaja.

    Like

  14. Kita selalu melihat negara lain mempunyai bangunan2 tinggi. Dan bangunan itu ada yg dipunyai oleh pelabur asing. Mungkin jika brunei membuat bangunan bangunan tinggi atau skyscraper. Mungkin ini mampu menarik lebih banyak lagi pelabur asing untuk membuat investment, membuka shopping complex atau memmbina factory. Negara seperti emeriyah arab bersatu contohnya mampu menarik pelancong ke negaranya dengan menjadikan bangunan bangunan tinggi ala modern dan unik. Bukan itu sahaja bandar dubai sahaja adalah tempat pilihan pesara atau golongan elit untuk membeli hartanah kerana dubai menyediakan bangunan bangunan mewah. Mungkin brunei boleh buat sekurang2nya 4 buah bangunan tinggi lebih kurang 25 tingkat sudah cukup. Jika negara australia dan malaysia terhegeh2 untuk mempelawa rakyat brunei untuk membeli hartanah tinggal di condominium di negara mereka. Kenapa tidak rakyat brunei untuk membeli dan tinggal di condominium dinegara brunei kita sendiri. Rakyat brunei sudah pasti akan gembira jika brunei mempunyai bangunan bangunan pencakar langit seperti negara lain. Jika bangunan tinggi dibina sekurang2nya 15 atau 18 atau 20 atau 25 tingkat. Secara tidak langsung ini mampu menjimatkan lagi kawasan untuk dibangunkan terutamanya di bandar maupun berhampiran bandar, pekan atau tempat yg padat. Ditingkat atas kita boleh melihat lagi keindahan negara kita. Laungan subhanallah, allahuakbar dan alhamdulillah akan terucap setelah melihat keindahan negara brunei dari tingkat atas. Kehijauan hutan dan kebiruan laut. Disamping lampu lampu pada waktu malam.

    Like

  15. Pembinaan lrt juga boleh dipertimbangkan untuk dibuat di bsb. Tetapi saya lebih suka jika tram dibina mengelilingi bsb seperti di brisbane australia. Saya juga mencadangkan supaya dibina landasan keretapi untuk menghubungkan muara-tutong-belait. Memandangkan jarak perjalan kereta yg jauh lebih kurang 2 jalam perjalanan. Ianya amat berbahaya jika pemandu mengantuk. Untuk daerah temburong saya rasa lebih baik dibina pelabuhan untuk feri di pekan bangar. Feri membawa penumpang dan kenderaan. Sebab jika kapal membawa batu kelikir boleh memasuki pekan bangar apa kurangnya feri. Saiz feri dan kapal batu lebih kurang sama.

    Like

  16. Memandangkan brunei terletak antara sabah dan sarawak. Ini adalah peluang terbaik brunei untuk meningkat pelancongan yg berteraskan entertainment tourism dan food tourism industry. Statistik menunjukkan peningkatan jumlah besar kemasukan kenderaan berdaftar malaysia memasuki brunei. Ada yang singgah untuk entairtainment di jp playground dan ada yang singgah untuk makan di jollibee, ayamku dan sushi restaurant mahupun singgah untuk membeli beberapa bungkus nasi katok. Pada bulan puasa tahun lepas sahaja ada banyak pelancong malaysia yg singgah untuk membeli juadah berbuka puasa kerana harga yg murah. Ada juga yg singgah dan membeli kain kain, tudung mahupun memotong baju raya kerana di brunei sangat murah. Pada hari 2 hingga ke 4 hari raya biasanya jumlah kemasukan kenderaan malaysia ke brunei akan bertambah kerana mereka hendak merayakan hari raya di istana nurul iman disamping beramah mesra bersama kerabat diraja. Ada juga yang masuk ke brunei untuk beriadah mahupun membuat exercise di brunei kerana taman riadah brunei yg banyak sebagai contoh ada rakyat malaysia dari sarawak yg memasuki brunei untuk melakukan senaman taichi di tasek lama bandar seri begawan pada waktu pagi sebelum singgah di beberapa buah restaurant, mahupun membeli makanan di tamu kianggeh ataupun sekadar membeli nasi katok di beberapa buah pondok yg wujud bak cendawan. Ada juga yg membeli peralatan sekolah mahupun keperluan dapur. Ada juga yg singgah di hospital dan klinik di brunei kerana lebih selesa.

    Like

  17. Diatas puncak bukit tasik lama bsb berdekatan tasiknya sepatutnya dibina banyak kemudahan tempat duduk, pondok pondok serta taman bunga memandangkan disana sudah tersedia sebuah menara tinjau. Pengunjung pasti akan terpegun jika sebuah taman dibina berdekatan dengan empangan tasik lama. Sebab saya pernah kesana dan nampak ramai pengunjung yg duduk berdekatan dengan longkang mahupun sekadar berdiri berdekatan dengan pagar di empangan tasik lama. Jika boleh cadangan saya diterima pakai. Tasik lama adalah tempat paling menarik untuk dikunjungi di bsb.

    Like

  18. Buat cable car ataupun tram untuk menaiki bukit subok. Puncak bukit subok adalah tempat paling menarik untuk melihat keindahan panoram bandar seri begawan dan kampung air serta keluasan sungai brunei dan kehijaun hutan yg masih terpelihara mahupun bukit bukau yg indah.

    Like

  19. Sepatutnya setiap daerah di brunei mesti dilengkapi dengan waterpark ataupun taman permainan. Ini bagus untuk local tourism. Buat satu lagi waterpark di kawasan hutan simpan di bsb. Pasti menarik. Buat taman permainan yg lengkap dengan roller coaster dan ferris wheel yg besar di daerah belait. Buat track lumba sukan permotoran di daerah tutong dan buat zoo di daerah temburong. Untuk meningkatkan industri pelancongan.

    Like

  20. Saya bercadang supaya dibina granstand kapasiti 1000 orang di tebing sungai brunei terutamanya di bsb. Nanti brunei boleh menganjurkan sukan permotoran air, sukan layar dan sukan lumpa boat panjang mahupun berkayak peringkat serantau mahupun peringkat antarabangsa. Ini boleh meningkatkan lagi industri pelancongan sukan yang mampu meningkatkan keuntungan sampingan negara.

    Like

  21. Rata rata pengunjung yg datang mengambil kenangan di dataran yayasan complex sangat menyukai akan reka bentuk serta lanskap bangunan itu. Mereka juga menyukai akan keindahan masjid omar ali saifuddin. Cuma aktiviti membeli belah tidaklah seperti kerancakkan di gadong mall mahupun times square berakas. Sepatutnya yayasan complex bangkit semula sebagai tempat membeli belah paling digemari ramai. Sebagaimana sewaktu opening yayasan complex suatu ketika dulu. Faktor utama kemerosotan adalah disebabkan oleh kurangnya tempat2 parking, bayaran mengikut jam yg dikenakan jabatan bandaran. Disamping jalan2 yg selalu ditutup jika ada acara negara. Sebab itu ramai yg beralih untuk membeli belah di kawasan shopping brunei yg lain seperti gadong mall, Qlap mall, manggis mall, tanjungbunut mall, mabohai mall, giant rimba hypermart, kb sentral mall, centrepoint gadong, petani mall tutong, timessquare berakas, supasave seria, airport mall, citissquare berakas,tutong central mall, plaza seria ,jaya setia square, freshco mall batu satu dan mall2 serta shopping2 complex banyak di brunei

    Like

    1. Lebih baik dibuat taman botanic garden macam singapore pun lawa. Atau macam perth garden di australia. Penyakit stress atau tekanan perasaan yang boleh menimbulkan banyak penyakit seperti darah tinggi dan serangan jantung salah satu cara yang paling berkesan adalah membuat lebih banyak taman riadah, taman bunga dan taman hiburan untuk mengelakkannya. Kos perubatan yg ditanggung kerajaan adalah sangat mahal. Membuat taman riadah, taman bunga, tempat2 untuk bersantai mahupun taman hiburan adalah salah satu cara pencegahan untuk mengelakkan penyakit stress yg boleh menimbulkan penyakit tekanan jiwa seperti skizofirnia, penyakit high blood pressure dan heart attack. Perth garden adalah antara taman yg tercantik didunia. Manakala singapore botanic garden pernah mendapat pengiktirafan dunia dengan kemodenan dan kehijauannya yg mengangkat nama bandar singapura sebagai no 1 di asia yg mengalahkan bandar tokyo, seoul dan hong kong. Salah satu langkah kerajaan singapura untuk mengekalkan eco system, kehijauan, kebersihan dan fresh oxygen di bandar metropolitannya ialah pembinaan singapore botanic garden disamping menggalakkan rakyat untuk mengekalkan cara hidup sihat dengan beriadah dan bergembira bersama kekuarga di botanic garden.

      Like

  22. Tidak salah jika dibuat sebuah stadium bolasepak kapasiti sedikit lebih kurang 2000 orang tidak jauh daripada masjid. Sebelum ada games singgah dulu masjid sembahyang jemaah beramai ramai. Sekadar cadangan jika tidak menyalahi peraturan. Buat taman ala padang golf untuk orang ramai bersantai dan beriadah pun boleh. Jadi tempat untuk persinggahan boat2, kapal layar size sederhana seperti yatch pun akan pasti menarik

    Like

  23. Yayasan complex, masjid sultan omar ali saifuddin, tamu kianggeh, dermaga diraja dan taman sir omar ali saifudin adalah tarikan utama di pusat bandar. Manakala gadong shopping area dan berakas shopping area adalah tarikan utama di pinggir bandar seri begawan.
    Dengan pembinaan jambatan bsb-lumapas atau juga dikenali dengan jambatan sungai kebun, pembinaan waterfront jalan residency dan yg terbaru adalah memajukan sungai kedayan seperti dalam perancangan Future Plan BSB maka sudah pasti bandar seri begawan bakal menjadi tumpuan semula oleh penduduk negara brunei darussalam sebagaimana kawasan shopping gadong, berakas, kiulap dan sebagainya. Juga tidak mustahil akan terkenal sebagai tumpuan orang ramai untuk berhibur dan beriadah sepertimana kawasan taman permainan JP Playground mahupun LLRC WaterPark di belait. Inshaallah sudah pasti pelancongan dalam negara mampu meningkatkan ekonomi brunei sebagai pendapatan sampingan. Statistik menunjukkan jumlah kemasukan kenderaan malaysia melalui di semua pos kawalan imigrisen brunei ada peningkatan yg ketara. Memandangkan brunei adalah laluan mereka sebelum ke sabah dan sarawak. Saya pernah terserampak banyak kenderaan dari malaysia singgah ke restauran jollibee dan restauran ayamku. Mereka juga singgah ke taman permainan JP Playground untuk berhibur. Ada juga yg sanggup datang ke brunei semata2 untuk makan tengahhari. Mereka juga mengatakan harga makanan di brunei ini murah. Mereka juga mengatakan makan di jollibee dan ayamku restauran jauh lebih berbaloi daripada makan kfc di tempat mereka. Walaupun restauran kfc sangat banyak di brunei dengan harga yg murah tetapi mereka sangat menyukai ayamku dan jollibee. Ada juga yg makan sushi di brunei kerana di brunei sangat murah dan fresh. Juadah nasi katok yg sangat popular dimana banyak rakyat malaysia yg singgah di brunei akan membeli nasi katok sebagai ole ole.

    Like

  24. Saya sangat menyukai kolam fountain kecil di dalam bangunan yayasan dan kolam fountain besar di dataran bangunan complex yayasan. Saya juga suka akan pasu pasu bunga besar di yayasan. Saya rasa pusat bandar tidak perlukan mall baru di bina, kerana complex yayasan boleh dikira sebagai mall cuma ianya perlu di upgrade saja. Lebih baik jika sebuah mall baru dibina di daerah temburong untuk kemudahan penduduk disana tetapi dengan jumlah penduduk temburong yg sedikit sangat mustahil untuk mall dibina di temburong.

    Like

  25. Berbalik semula kepada topik asal iaitu Future Plan BSB. Saya mencadangkan agar lebih banyak promosi di buat untuk langkah membrandingkan balik bsb. Tetapi saya melihat kawasan tebing sungai kedayan sangat sesuai untuk dibina ferris wheel. Manakala yayasan complex boleh dinaik taraf semula sebagai mall dan hotel. Panggung wayang atau cinema juga boleh dibuat di bangunan yayasan. Diharap cadangan saya agar dibuat hotel dan cinema dalam bangunan yayasan dapat diterima. Dalam dan luar bangunan yayasan sangat cantik. Untuk menjadikan yayasan terkenal semula pembinaan kemudahan seperti saya maksudkan tadi adalah sangat relevan. Lupakan tentang pelancong asing tapi buatlah untuk pelancong tempatan.

    Like

  26. Pelancongan menyelam mampu menjadi tarikan utama pelancongan antarabangsa. Brunei mempunyai pulau pelong rocks yg sangat sesuai untuk scuba diving. Brunei juga mempunyai banyak lagi tempat menyelam yg menarik ada banyak spesis hidupan marin dan batu karang atau coral reefs. Antaranya ialah seperti lousia reef dan abanna rocks serta banyak lagi. Kitani mesti giat mempromosikan semua tempat2 menarik yg ada di brunei. Para pelancong antarabangsa terutamanya urang putih sangat suka akan sukan menyelam. Kitani juga boleh menggalakkan rakyat brunei untuk terlibat dama sukan menyelam.

    Like

  27. Good idea to build tall building. Brunei can build similar like paris eiffel tower in bsb. 30 floors enough! Or bsb can have huge ferris wheel same like in london and singapore. During the year 2000 bsb rank 7 as the best and safest city in asia. Now?

    Like

  28. i can see a lot of vast land in bandar which can be develop, if we have to sacrifice wild life a little bit then we must. build new shopping malls and attraction like marina bay sand and namsan tower korea where peope can sight seeing. build cable cars or bungee jumping. focus on getting people to live there especially in belait. built government buildings so people can go to work by mrt, train or taxi. make it a cbd. learn from dubai how they got investment. pity that bandar is a ghost town at night.

    Liked by 1 person

    1. Good idea! But bsb is not ghost town, malam perayaan hari keputeraan sultan akan ramai orang kesana ada gerai jualan dan persembahan pentas. Commercial areas like Gadong and kiulap yang terletak dalam kawasan bandar seri begawan trafik jam sampai pukul 11 malam. Kawasan bsb yg lain seperti berakas yg menempatkan airport mall dan times square trafik jam sampai 10 malam. Kalau kami lihat bandar bandar amerika yg lain seperti chicago. Waktu siang sangat sibuk tapi akan menjadi sunyi pada waktu malam. Kita juga boleh ambil contoh bandar di beberapa buah negara maju seperti amerika, canada dan ada juga negara2 eropah yg menutup bisnes mereka pada 8 malam semata untuk menjimatkan kos penggunaan elektrik dan juga untuk mengelakkan jenayah samun daripada berleluasa. Tentang pembinaan menara itu sangat menarik kerana pelancong dalam dan luar negara boleh melihat lagi keindahan negara brunei dari tingkat atas. Walau bagaimanapun kos baik pulih atau maintenance adalah beban yang akan ditanggung nanti. Korea and singapore nothing to be proud of pasal negara atu banyak hutang. Investment masuk kesana buat projek dan negara pula terpaksa berhutang kepada investor. Lets say singapore national debts more than billion us$ where brunei national debt is zero (no debt).

      Like

  29. Bukanlah alasan Brunei agar tidak mahu menjadi maju dan bersaing dengan negara lain memandangkan brunei adalah sebagai pintu masuk ke pulau borneo dan bimp eaga. Walaupun rakyat yg sedikit ianya bukanlah alasan. Tetapi jika brunei menjadi antara tempat transit kapal terbang mahupun persinggahan kapal layar dan tempat lauan kenderaan dari malaysia yang melalui negara brunei maka tidak mustahil brunei akan menjadi tempat tersibuk dunia. Sudah tiba masanya untuk kita promosikan tempat2 yg ada di brunei sebagai tarikan pelancongan. Kita boleh mengutamakan pelancongan tempatan dengan membuat promosi di sekolah2 intsitusi2 tinggi dan bangunan2 komersial yg ada di negara brunei darussalam. Kenali negara kitani. Kitani mesti berani mencuba!

    Like

  30. Tahukah awda kebanyakkan pelancong terutamanya pelancong asean merungut untuk mendapatkan hotel yg murah. Walhal hotel serendah b$25.00 bagi mereka dianggap mahal jika ditukar kepada nilai matawang negara mereka. Mungkin brunei boleh membina banyak hotel murah berharga $18.00 ke $20.00 semata2 untuk menarik pelancong asean yang tidak semuanya berkemampuan untuk tinggal di hotel 2 yg ada pada masa ini. Jika sebuah hotel tinggi paling tinggi pun 15 tingkat dibina di dalam kawasan jerudong park sudah pasti hotel tersebut menjadi tarikan pengunjungnya untuk menginap disana semata2 untuk bermain di jp playground. Ini sebenarnya adalah salah satu langkah untuk memperbagaikan lagi ekonomi negara. Iaitu pelancongan sebagai sumber pendapatan ekonomi brunei. Memandangkan brunei sebaga tempat persinggahan kapal terbang, tempat persinggahan cruise vessels mahupun tempat laluan rakyat malaysia yg singgah di brunei sebelum ke sabah atau ke serawak. Bermakna brunei perlu mengambil peluang ini sebaik mungkin.

    Like

  31. Kawasan pusat bandar di Bandar seri begawan secara amnyamampu menjadi tarikan semula setara seperti kawasan komersil lainnya seperti kawasan shopping gadong, kiulap, menglait, berakas dan lain2 yg ada dalam negara.

    Like

  32. Yayasan complex mampu jadi tarikan semula memandangkan ciri bangunan yang unik bertradisikan seni bina melayu. Tahukah awda bangunan yayasan adalh bangunan dibina mengikut seni bina melayu yg terbesar di dunia. Jika kita berdiri di tengah kawasan bangunan tersebut kita dapat melihat masjid omar ali saifuddin kelihatan jauh lebih besar daripada bangunan yayasan. Walhal bangunan masjid itu kecil sahaja bila kita dekat kepada masjid tersebut. Itulah science yang belum terungkai dan tidak banyak yang mengetahuinya. Allahuakbar, kekuasan yg maha esa. Yayasan mampu menjadi tarikan semula. Hotel juga boleh dibina di dalam kompleks bangunan yayasan. Bangunan Yayasan adalah kebanggaan brunei selepas masjid omar ali saifuddien dan masjid jame asr (antara masjid terbesar dan moden di asia tenggara). Ianya patut disyukuri oleh orang brunei.

    Like

  33. Empire hotel and country club mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Empire mempunyai kolam renang yang besar. Jika dibina taman tema air atau theme water park secara tidak lanngsung empire hotel akan dipenuhi oleh pengunjung setiap masa. Empire hotel bertaraf 6 bintang pernah mendapat pengiktirafan dunia. Empire hotel juga mempunyai tarikan lain seperti padang golf bertaraf dunia, restauran2 5 bintang, tenpin bowling, kedai yg menjual barangan jenama, dewan theater yg esklusif, taman taman dan lanskap yg menarik, pantai yg bersih dan cinema serta banyak lagi kemudahan. Semoga brunei tourism dapat menerima cadangan saya ini agar dapat dibina theme water park di empire hotel. Sebagai contoh jp playground waterpark dipenuhi pengunjung dalam dan luar negara pada waktu kelepasan awam dan cuti sekolah. Bermakna waterpark adalah pakej tarikan yg paling menarik. Kalau kitani kan menarik pelancong luar jangan saja kita iklankan hanya masjid tetapi kita boleh mengiklankan taman permainan dan waterpark yg ada di brunei, hotel2 seperti empire resort hotel dan mangrove paradise resort hotel juga boleh diiklankan. Kampung ayer yg modern juga menjadi tarikan. Pasar malam, air terjun tasik lama. Kalau kitani kan mengiklankan pasal taman negara temburong jangan diliatkan hanya hutan tetapi mesti liatkan jua air terjunnya, canopy walk tower, resort penginapan dalam hutan, sungai2nya, kalau diliatkan binatang2 seperti hornbill atau gibbon lagi baik. So diharap untuk menarik pelancong jangan hanya masjid dan hutan tetapi mestilah ikalnkan juga produk yg lain seperti homestay, taman hiburan, tempat2 shopping, resorts hotel, muzium2, taman bunga, restauran2, pantai2, masjid2 lain dan sebagainya.

    Like

  34. Diharap lebih banyak prmosi tentang negara brunei kepada pelancong. Kalau pelancong eropah dan amerika lebih suka kepada keindahan alam semulajadi keunikan tradisi budaya dan seni bina. Manakala pelancong asia terutamanya asean lebih suka kepada seni bina moden, hiburan dan sesuatu yang murah atau tempat2 yang dipenuhi oleh orang ramai. Mentaliti pelancong asean lebih suka kepada sesuatu yang sibuk seperti mall yg dipenuhi oleh orang ramai manakala pelancong eropah dan amerika lebih suka kepada tempat2 yang sunyi dan santai. Mungkin ini boleh dibuat kajian.

    Like

  35. Ada lagi mengatakan di brunei tidak boleh membina bangunan tinggi yang jauh lebih tinggi daripada menara masjid adalah juga tidak benar. Di bsb saja kitani bulih ambil contoh bangunan pggmb. Bangunan pggmb jauh lebih tinggi daripada menara masjid sultan omar ali saifuddin. Bangunan dst yang terletak dikampung tungku dan bangunan ministry of finance di kawan bangunan2 kerajaan adalah juga antara bangunan2 tertinggi di brunei cuma letaknya di luar kawasan bandar seri begawan ketinggian bangunan2 tersebut jauh lebih tinggi daripada menara2 masjid yg ada di brunei. Antara bangunan2 tertinggi juga yg terletak di bsb ialah condominium ong sum ping. Sedangkan ada cadangan atau propose untuk membina beberapa buah lagi condominium atau apartment yang tinggi seperti di kampung lumapas, area kiulap, mabohai dan area lambak. Namun semua atu begantung kepada keperluan semasa negara brunei samada ianya sesuai atau tidak.

    Like

  36. Kalau disebut tentang bandar seri begawan, semua urang tau yg bsb ani kawasannya damit saja, inda jauh daripada masjid sultan omar ali saifuddien. Sebanarnya kawasan bsb ani basar. Dari pusat bandar hinggalah ke kawasan pusat komersial gadong, kiulap, menglait, berakas, batu bersurat dan kiarong. Jadi untuk mengatakan bandar brunei atu kawasannya kecil adalah tidak benar. Tahun 2010 kawasan bsb telah diluaskan hampir 10 kali ganda daripada size bsb atu sendiri. So take note.

    Like

  37. Area jerudong beach pun makin maju sudah. Ada bangunan berciri moden macam bridex hall sama brunei cancer center. Gelanggang sukan bertaraf dunia macam royal brunei polo riding club. Restaurant 5 stars, padang golf jerudong, hospital jpmc and more to come inshaallah. Suatu hari nanti boleh jadi macam resort city macam miami florida atau san diego. Yang juga sebagai tempat bermain sukan kapal layar, aktiviti sukan outdoor, sukan tennis mahupun sekadar untuk merasai suasana pemandang laut apabila matahari terbenam.

    Like

  38. Brunei vertical housing, new arabic school, new islamic gallery, sungai liang industrial park, jalan residency waterfront, pmb industrial island, sungai kebun bridge, pulau muara besar bridge, brunei cancer hospital, modernisation of brunei airport, upgrading tungku beach, upgrading tamu kianggeh, seria bypass highway dan banyak lagi sedang dalam pembinaan. Itu belum lagi termasuk perancangan untuk meluaskan pekan tutong, memajukan lagi pekan kuala belait setelah pembinaan kuala belait sentral mall dan vplaza. Pembinaan sekolah rendah, sekolah ugama, sekolah menengah, pusat latihan teknikal dan yang terbaru lagi perancangan untuk membina sebuah kampus universiti kekal. Pembinaan klinik2, pusat kesihatan, perpustakaan, dewan kemasyrakatan, balai bomba, balai polis dan masjid2 yg tumbuh bagai cendawan demi untuk memberi rakyat pendidikan yg berkualiti, kesihatan dan keselamatan yg secukupnya untuk rakyat negara brunei darussalam. Subsidi untuk rakyat dari segi makanan dan kemudahan. Pendidikan dan perubatan yg percuma. Biasiswa untuk pelajar brunei menyambung pendidikan dalam dan luar negara. Pembinaan taman riadah keluarga, kemudahan gelanggang sukan yg tumbuh bak cendawan di kampung2. Pembinaan pusat beli belah seperti gadong mall, manggis mall, tanjungbunut mall, kiulap mall, timesquare, airport mall, mabohai mall, giant tasik rimba, freshco mall, citissquare, jayahypermart centerpoint, kb sentral, petani mall dan banyak lagi. Pembinaan taman permainan jerudongpark playround di jerudong dan permainan waterpark llrc di lumut.

    Like

  39. Modern apartments, primary schools and secondary schools, health facilities and many more are now under construction in brunei. Brunei progessive in silences. Brunei very humble and not like to show off. #fantasticbruneiissuefacebook

    Like

  40. Brunei use cash to developing its country. Unlike its neighbouring countries who use debts to starts projects and buying military equipment. Brunei 0 debt in the world. We should proud about brunei.

    Like

  41. Jerudong area one day also will become attraction in brunei. Empire hotel, jp playground, bridex hall, royal brunei polo and riding club, hotels and restaurants, commercial buildings and the new one is the brunei cancer hospital. One day brunei will be the leading health tourism in borneo island and the bimp eaga area.

    Like

  42. The new landmark for brunei after the now on going constructions of sungai kebun bridge, temburong bridge, pulau muara besar bridge and pmb industrial island.

    Liked by 1 person

  43. Hope this become reality, the modernisation of a country will attract more investors and tourists. The unique architecture of brunei will become the main attractions.

    Liked by 1 person

    1. I went to tokyo 4 years ago. Tokyo very clean. The road, streets and even the water in the drainange very clean. Many buildings some tall and small. I want to say about the small building only 12 storeys but the architecture very modern and enviromental friendly.

      Liked by 1 person

  44. I deeply appreciate on your lanscape design n orientation that we never believe this can be apply hopefully brunei will start to.open their biggest market n investment to help people..

    Like

Leave a comment